SULTAN Nazrin Shah bersama Tuanku Zara berkenan menyertai Kayuhan Merdeka 2015. FOTO Supian Ahmad. FOTO Mohd Nazrulaswad
SULTAN Nazrin Shah bersama Tuanku Zara berkenan menyertai Kayuhan Merdeka 2015. FOTO Supian Ahmad. FOTO Mohd Nazrulaswad
SULTAN Nazrin Shah bersama Tuanku Zara berkenan menyertai Kayuhan Merdeka 2015. FOTO Supian Ahmad
Oleh Balqis Jazimah Zahari
am@hmetro.com.my


Ipoh: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menyertai program Kayuhan Merdeka Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2015 di Dataran MBI di sini, hari ini.

Walaupun hujan renyai baginda ditemani Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim tetap meneruskan kayuhan sejauh 10 kilometer pada kira-kira 9 malam bermula dari dataran berkenaan melalui sembilan laluan dan berakhir di tempat sama kira-kira hampir satu jam.

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Datuk Bandar,Datuk Zamri Man.

Antara laluan dilalui Jalan Sultan Abdul Jalil, Jalan Brewster, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan Jalan Sultan Idris Shah.

Terdahulu baginda turut berkenan melepaskan 1,000 peserta kayuhan di dataran berkenaan sejauh 15 kilometer.

Peserta kayuhan daripada seluruh negeri termasuk pengamal media yang turut menyertai program berkenaan.

Program anjuran MBI dan Kerajaan negeri itu turut mendapat kerjasama Tourism Malaysia Perak, Tourism Perak, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan RELA.

Selesai menyertai acara kayuhan berkenaan, baginda kemudiannya berkenan menyempurnakan Sambutan Ambang Merdeka 2015 peringkat negeri yang berlangsung di tempat sama.

Baginda dan Tuanku Zara serta tetamu kenamaan yang lain meluangkan masa menyaksikan pelbagai acara yang diatur termasuk program nyanyian dan tarian berunsur perpaduan dan patriotisme.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2015 @ 11:05 PM