BUAYA sepanjang tiga meter yang ditangkap.
Oleh Abd Rahman Adam
abdulrahman@hmetro.com.my

Sri Aman: Usaha seorang penduduk memasang jaring bagi menangkap buaya yang mengancam ikan di kolamnya sejak seminggu lalu berbaloi apabila reptilia ganas itu ditangkap dalam kejadian di Kampung Tanjung Jaya, Lingga di sini, kelmarin.

Buaya sepanjang kira-kira tiga meter dengan berat lebih 100 kilogram itu ditemui tersangkut pada jaring. Ia kemudian ditangkap dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman, jam 11 pagi.

Awang Merikan Ramada, 48, berkata, dia melakukan pemeriksaan rutin di kolam berkenaan jam 4 pagi dan terkejut mendapati jaring bergerak seolah-olah ada sesuatu yang tersangkut.

“Saya terbayang kemungkinan ada buaya tersangkut di jaring. Saya agak cemas dan kemudian memaklumkan kepada penduduk kampung.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2015 @ 5:18 AM