GAMBAR pasangan pengantin yang tersebar di Internet.

Teheran: Gambar seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mengahwini budak perempuan 10 tahun di Iran menjadi viral di laman media sosial.

Pasangan itu yang masih bawah umur sah mengikut undang-undang negara berkenaan, dilaporkan bernikah pada 14 Ogos lalu selepas mendapat izin pihak berkuasa.

Pengantin lelaki memakai sut kelabu manakala isterinya berbaju gaun putih tradisional. Keluarga mereka turut dilihat dalam gambar berkenaan.

Iran membolehkan budak perempuan berkahwin semuda usia 13 tahun asalkan mendapat kebenaran ayah mereka, manakala lelaki pula pada umur 15 tahun.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2015 @ 5:17 AM