TERTUDUH (tengah) di Mahkamah Majistret Ipoh. FOTO Yahya Zainuddin
Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@hmetro.com.my


Ipoh: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh lelaki berusia 44 tahun pada 5 Julai lalu.

Tertuduh R Saravanan, 33, memahami pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Suhaima Mohd Noor.

Saravanan didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian terhadap K Gobinathan di belakang Restoran Nashmeer, Laluan Klebang Restu 2, Medan Klebang Restu, Chemor, Ipoh, di antara 12 tengah hari hingga 1 petang, pada 5 Julai lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suhaima kemudiannya menetapkan kes disebut semula pada 30 September ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2015 @ 2:18 PM
Skip this ad x