Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura_jalil@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang penceramah bebas berusia 39 tahun dan pasangannya berusia 40 tahun kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes khalwat mereka, dua tahun lalu.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mengeluarkan waran tangkap itu, hari ini.

Mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap terhadap penjamin mereka selepas lelaki itu juga tidak muncul di mahkamah.

Bagaimanapun, tertuduh ketiga berusia 21 tahun yang menghadapi pertuduhan sama hadir ke mahkamah dan dibenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 November ini untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2015 @ 12:34 PM