Makkah: Bagi pihak Raja Abdullah, Amir Makkah Putera Mishal Bin Abdullah akan mengetuai kerja membasuh Kaabah hari ini.

Antara mereka yang hadir pada majlis itu ialah pengerusi Majlis Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais, pegawai dan ulama serta diplomat.

Kaabah dicuci dua kali setahun iaitu sebelum Ramadan dan bulan pertama kalendar Islam sementara kiswah (kelambu Kaabah) ditukar setiap kali musim haji. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 November 2014 @ 5:01 AM