VIDEO Gangnam Style yang sudah mendapat lebih 2.4 bilion tontonan. FOTO YouTube

Seoul: Artis Korea Selatan, Psy sekali lagi memecahkan rekod YouTube selepas video muzik terkenalnya, 'Gangnam Style' mendapat lebih 2.4 bilion tontonan atau 'views'.

Menurut agensi berita Korea Selatan, Yonhap, video itu yang pertama kali dimuat naik pada 2012 kini sudah ditonton sebanyak 2.4 bilion kali, hanya empat bulan selepas rekod lama sebanyak 2.3 bilion tontonan dicatat.

Populariti video Psy ini menyebabkan YouTube meningkatkan kiraan tontonan maksmium kepada lebih 9 quintilion.

Video Psy yang lain juga masih poplar dengan sekuel 'Gangnam Style', 'Gentleman' mendapat hampir 870 juta tontonan manakala 'Hangover' ditonton 210 juta kali. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 1:21 PM