TIGA remaja jujur yang mengawal sebuah ATM di Hail, kelmarin.

Hail: Tiga remaja belasan tahun bertindak mengawal sebuah mesin pengeluar wang automatik (ATM) selepas mendapati ia rosak dengan sejumlah besar wang kelihatan tersekat dan hampir terkeluar ketika melalui depan mesin berkenaan di sini, bandar di barat laut Saudi, semalam.

Apabila seorang pengguna warga emas datang untuk mengggunakan mesin berkenaan, mereka memberitahu mesin itu rosak dan wang keluar walaupun tanpa menggunakan kad.

“Lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada remaja berkenaan kerana kejujuran mereka sebelum menelefon polis dan pihak bank.

“Ketiga-tiga remaja itu kemudian menanti ketibaan polis sebelum pulang,” lapor akhbar Sabq.

Menurut akhbar itu, polis dan bank berkenaan merancang meraikan ketiga-tiga remaja itu kerana kejujuran mereka. hari ini. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 8:17 AM