Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis akan mengaktifkan semula Operasi Waran Tangkap Trafik (Op Warta) di seluruh negara Khamis ini bagi mengesan pesalah trafik yang belum melunaskan saman dan waran yang dikeluarkan mahkamah.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata, sejak Op Warta dilancarkan Mei lalu sebanyak 240,000 waran tangkap sudah diselesaikan daripada 1.59 juta waran yang dikeluarkan.

"Cawangan trafik akan menjalankan pengesanan dan penangkapan ke atas individu yang masih belum melunaskan saman dan waran tangkap berbaki 1.35 juta.

"Pihak kami menasihatkan orang ramai supaya menyemak status saman mereka di balai polis trafik dan menyelesaikan jumlah saman mereka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Beliau berkata, pihaknya akan melaksanakan sekatan jalan raya serta pergi ke premis untuk mengesan seterusnya menangkap pesalah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2015 @ 10:29 PM