LEXUS ES yang dipertingkatkan. FOTO Erywan Norshal
Oleh Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Lexus Malaysia mengukuhkan barisan modelnya dengan memperkenalkan Lexus ES yang dipertingkatkan di sini, hari ini.

Penambahbaikan yang dilakukan ialah penampilan imej hadapan, ciri keselamatan lebih baik seperti Paparan Sudut Buta dengan Pengawasan Trafik Melintas Belakang dan Bantuan Mula Menaiki Bukit.

Ruang dalaman pula menerima sentuhan Birdseye Maple Wood yang menjadi ciri standard bagi semua varian.

Tiga varian ditawarkan membabitkan ES250 Premium, ES250 Luxury dan ES 300h yang dijanakan Sistem Pemanduan Hibrid Lexus.

Lexus ES dijual antara RM259,200 sehingga RM356,000.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2015 @ 12:25 PM