BAYI perempuan seberat 2.8 kilogram ini adalah anak kedua hasil perkongsian hidup Fasha dan Rizal.
Oleh Wahi Aziz
wahiduzzaman@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pelakon Fasha Sandha selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.8 kilogram, tepat jam 9 pagi ini di sebuah hospital swasta di sini.

Kelahiran bayi yang dinamakan Putri Raysha Jemaima itu disahkan sendiri suami Fasha, Rizal Ashram Ramli dan ibunya Hatejah Teh Man di laman Instagram masing masing.

Bayi berkenaan adalah anak kedua hasil perkongsian hidup Fasha dan Rizal yang bernikah pada 27 April 2012.

Anak sulung pasangan itu Putra Rayfal Ramli kini berusia satu tahun tujuh bulan.

Difahamkan, Fasha memang dijadualkan bersalin hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 4:55 PM