KHALID Abu Bakar. FOTO file NSTP Yazit Razali
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


Bukit Mertajam: Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman merampas 324 kilogram cecair syabu bernilai lebih RM15 juta selepas membongkar makmal dadah di rumah di Bukit Mertajam, malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkannya menerusi catatan di laman Twitternya, petang tadi.

“Syabas STING @PDRMsia bjaya bongkar makmal haram di BM Pg. Rampas 324 kg cecair syabu b'nilai lebih RM15M. T'kap 5 org (2 Iran) Go PDRM Go,” katanya di Twitter.

Menurut sumber, serbuan dilakukan kira-kira 1 pagi selepas polis melalukan risikan dan juga intipan.

"Dalam serbuan itu, polis menahan lima individu bagi membantu siasatan.

"Tiga yang ditahan itu terdiri daripada rakyat tempatan manakala dua lagi warga Iran," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2015 @ 6:59 PM