BOMBA melakukan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian. FOTO ihsan bomba
Oleh Noraidah Awang
am@hmetro.com.my


Selama : Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Kerian, berhampiran Taman Menteri, dekat sini, 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Mohd Syafiq Shazanie Roslan dikatakan sedang mandi bersama rakan di sungai berkenaan.

Menurutnya, usaha mencari mangsa sehingga malam tadi gagal menemuinya dan disambung pagi ini.

"Gerakan mencari mangsa membabitkan polis, pihak Bomba dan Penyelamat selama, dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

"Operasi turut disertai orang awam yang menjalankan pencarian di sekitar kawasan kejadian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2015 @ 10:21 AM