Bumbung laluan pejalan kaki yang runtuh, petang tadi. FOTO ihsan bomba
Oleh Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@mediaprima.com.my


Jasin: Bumbung laluan pejalan kaki Bangunan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar, di sini, runtuh 6 petang tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Nazili Mahmood berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 6.17 petang, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari bersama seorang pegawai dan enam anggota ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian kami mendapati terdapat runtuhan di bahagian anjung pejalan kaki berkeluasan 216 meter persegi.

"Bomba kemudian melakukan pemeriksaan untuk mengesan jika ada mangsa yang terperangkap," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2015 @ 10:45 PM