FOTO Mohd Hasbi Sidek
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Shah Alam: Les Copaque Production produksi yang menghasilkan animasi Upin dan Ipin mengesahkan minuman keluaran mereka selamat diminum.

Pengarah Urusannya Burhanuddin Md Radzi berkata, semua minuman yang dikeluarkan syarikat mereka yang berada di pasaran selamat diminum.

"Pengedar serta penagih dadah menggunakan botol Upin dan Ipin untuk mengedar minuman yang mengandungi dadah.

"Malah botol milik jenama lain juga turut terbabit sama dan pihak polis sudah membuat tangkapan ke atas pihak terbabit.

"Polis juga sudah mengambil sampel minuman dan mengesahkan ia selamat diminum," katanya pada sidang media sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 12:39 PM