JK Shin, President and CEO of Samsung Electronics, speaks during the Samsung Galaxy Unpacked 2015 event August 13, 2015 in New York. AFP PHOTO
Oleh Afiq Hanif
afiq_hanif@mediaprima.com.my

NEW YORK: Tanpa slot kad memori dan bateri boleh cabut seperti versi sebelum ini, Samsung melancarkan dua model telefon termasuk Note 5 dan S6 edge plus yang bersaiz 5.7 inci.

Note 5 mempunyai ciri S Pen yang membolehkan pengguna menaip nota atau melakar manakala S6 edge plus adalah tambahan kepada telefon dengan dua lengkung kiri dan kanan peranti terbabit.

Kedua-duanya datang dengan kamera 16MP dengan 5MP di depan bersama RAM sebesar 4GB LPDDR4.

Pada masa ini, Samsung turut membayangkan Note 5 dan S6 edge akan disediakan dengan kemudahan dua slot kad SIM.

Note 5 mengalami perubahan drastik di bahagian belakang apabila tidak lagi menawarkan bahan kulit sebaliknya digantikan dengan gelas

Ia menggunakan pemprosesan octa core 2.1GHz bersama quad core 1.5GHz yang beroperasi pada Exynos 7 dengan cip 14nm.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2015 @ 12:19 AM