Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

Apa yang anda fikirkan apabila melihat gadis Korea? Mungkin sebahagian daripada anda akan mengatakan gadis Oriental ini kelihatan sa–ngat cantik dan bercahaya. Kecantikan mereka tidak diperoleh daripada solekan yang tebal, tetapi benar-benar terpancar dari dalam dan terlihat sangat semula jadi.

Tidak hairan apabila ramai ingin mendapatkan kecantikan yang sama dengan gadis bermata sepet ini sehinggakan banyak cara yang dilakukan untuk mendapatkan kecantikan yang diimpikan. Malah dalam enjin pencarian Google, kecantikan Korea menjadi kata carian tertinggi pada 2014.

Bagi wanita Korea, kecantikan semula jadi menjadi matlamat utama bagi mendapatkan kulit sihat. Sejak tiga tahun lalu kegilaan terhadap kecantikan gadis Korea semakin meningkat sejak krim BB diperkenalkan seterusnya mengambil alih gaya pasaran semasa.

Menurut Pengurus Besar Fesyen, Kesihatan dan Kecantikan 11street Juhan Kim, salah satu kata carian panas menerusi produk kecantikan Korea adalah pemerah pipi, gincu, topeng wajah dan celak. Dia juga memberitahu, gaya terkini wanita Korea adalah sebaris kening tebal yang mula ditonjolkan dan menarik perhatian gadis Korea pada tahun lalu. Solekan ini boleh dibentuk menerusi pemakaian celak nipis, maskara dan bedak asas.

Gadis Korea juga gemarkan solekan yang menampakkan mereka tampil comel dan manis menerusi mata bak puteri dengan menggunakan celak halus serta penampilan bibir yang seksi menggunakan gincu yang pudar warnanya. Mereka juga inginkan bibir yang sedikit gelap pada bahagian dalam dan warna lebih ringan pada bahagian luar. Solekan sebegini akan mewujudkan kesan semula jadi dan membuatkan wajah lebih segar dan tampil lebih muda.

Pernah menerima anugerah Club Clio, syarikat beroperasi di Korea Selatan ini, 11 street kini menjadi laman sesawang kecantikan paling popular di Korea dan kini mula menular di Malaysia. Bagi membantu wanita Malaysia mendapatkan kulit yang segar, sihat dan semula jadi seindah wanita Korea 11street memberikan lima panduan berguna yang dapat digunakan ketika merias wajah.

1. Kening yang cantik

Kening antara aset terpenting yang perlu diberi perhatian dalam merias wajah. Kini terdapat celak kening 3D yang semakin diminati ramai kerana mampu membentuk kening idaman anda. Bagi mereka yang mempunyai kening jarang, produk ini akan mengisi jurang dan memberikan rona sekata. Ia juga kalis air dan meninggalkan kemasan semula jadi sehingga tiga bulan.

Bahagian pena dapat mewujudkan bentuk dan definisi pada kening manakala maskara bagi menambah jumlah dan untuk menyikat kening supaya membentuk lebih cantik.

2. Krim pemutih Goodal Premium Snail

Krim pemutih Goodal Premium Snail mengandungi bahan allantoin, kolagen dan elastin yang mampu memberi kelegaan, menjana semula dan menyuburkan kulit. Bersama-sama dengan bahan pemutih yang berkesan seperti ginseng dan Peony, krim ini memberikan pencerahan-serta merta sebaik saja digunakan.

3. Krim antipenuaan Goodal Premium Gold Snail

Krim antipenuaan menjadi satu kemestian bagi setiap wanita Korea. Ini kerana mereka percaya pencegahan lebih baik daripada mengubati. Krim Goodal Premium Gold Snail padat dengan 60 ppm emas tulen dan 60 peratus ekstrak siput emas. Produk ini bukan saja mempunyai kesan antipenuaan, tetapi membantu dalam pengaktifan sel dan kolagen. Peptida dan elemen Ceramide akan membentuk halangan yang kukuh dan menjaga kulit agar kembali muda.

4. Topeng wajah EBA

Ramai berkata topeng muka adalah vitamin penting untuk wajah dan sebaik-baik–nya dipakai seminggu sekali bagi membantu menjadikan warna kulit senada, mengurangkan tompok hitam serta kulit kusam dan pigmentasi. Di Korea, 10,000 helai topeng wajah EBA dijual dalam tempoh tiga jam di 11street.

Paling popular ialah topeng wajah Snail yang menawarkan keputusan cemerlang untuk penghidratan dan sesuai untuk kulit sensitif . Topeng wajah juga membantu dalam pertumbuhan semula sel kulit dan menjadikan kulit lebih lembut.

5. Pengilat bibir Berrisom Chu

Ia ibarat topeng bibir pertama menggunakan teknologi kecantikan yang baru dipatenkan di Korea. Sapukan pada bibir anda seperti biasa biarkan selama 10 minit kemudian anda akan dapati warna bibir berkekalan serta lebih semula jadi. Produk ini paling hangat terjual di 11street.

Juhan Kim turut berkongsi perbezaan antara rahsia kecantikan wanita Korea dan Eropah. Ujarnya, wanita Barat cenderung menggunakan teknik solekan bagi menjadikan mata lebih seksi dan elegan menerusi solekan smokey manakala gaya wanita Korea lebih terarah kepada feminin dan semula jadi.

Gaya Aegyo-sal paling

diminati

Aegyo-sal atau dalam bahasa Melayu disebut longgar diterjemahkan sebagai kulit comel dan menawan. Di Korea, ia menjadi gaya terkini bagi setiap gadis muda Korea dan sebahagian besar wanita muda berusia 18 hingga 28 tahun. Ia menonjolkan kesan hitam bawah mata bagi menampakkan mata lebih lebar, kelihatan manis dan muda.

Bagi sesetengah wanita Korea yang tidak memilih untuk melakukan pembedahan bagi mendapatkan rupa yang menawan, mereka menggunakan teknik solekan ini bagi mendapatkan wajah yang diidamkan.

Pengarah Asia Beauty Corner Sdn Bhd Jace Tan, iaitu syarikat yang membawa Clio, salah satu jenama Korea kosmetik yang paling inovatif berkongsi tiga langkah mudah untuk mendapatkan gaya Aegyo-sal antaranya:

1) Gunakan bayangan gelap untuk menarik garis di sekeliling bawah mata anda.

2) Gunakan rona warna pembayang mata yang memberikan bayangan warna cahaya untuk mencerahkan kawasan yang bengkak.

3) Gunakan highlight dan warna berkilat untuk meningkatkan kesan keseluruhan.

Jace berkata, pengeluar produk kecantikan Korea sentiasa mendahului industri dengan menggunakan gabungan terbaik bahan semula jadi untuk krim BB dan krim CC yang memberikan rasa lebih ringan kepada kulit.

Dengan meningkatkan kualiti, pelanggan berasa lebih terjamin untuk meng-

gunakannya sama ada untuk pemulihan dan memperbaiki kulit kerana ia melalui tahap kawalan ketat kesihatan dan ujian keselamatan. Paling penting harga ditawarkan sangat berbaloi. Apa yang lebih meyakinkan solekan setiap artis Korea kelihatan sangat menarik dengan tatarias paling minimum sehingga menampakkan kulit lebih sempurna dan semula jadi manis.

Bakal menjadi portal popular di Malaysia, 11street kini mempunyai lebih 50,000 barangan kesihatan dan kecantikan Korea yang sah. Menjelang Festival-K tidak lama lagi bermula pertengahan Ogos, diskaun menarik akan diperkenalkan kepada pelayar portal ini. Untuk maklumat lanjut layari http://www.11street.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2015 @ 1:51 PM