Islamabad: Pasukan keselamatan Pakistan semalam menggagalkan rancangan mengebom perayaan sambutan Hari Kemerdekaan di Karachi selepas menangkap sekumpulan anggota Taliban di bandar raya itu.

Anggota kumpulan militan berkenaan didakwa merancang meletupkan van berisi bahan letupan di bandar terbesar negara itu Jumaat ini, ketika perayaan memperingati kemerdekaan dari Britain pada 1947.

“Satu perisikan operasi keselamatan menggagalkan rancangan mili tan untuk mensabotaj perayaan 14 Ogos di Karachi,” menurut kenyataan yang dikeluarkan tentera.

Beberapa gambar yang diedarkan tentera menunjukkan empat lelaki ditahan dalam satu operasi, bersama-sama sebuah van, sebuah motosikal dan kelengkapan membuat bom.

Polis dan tentera Pakistan meningkatkan operasi untuk menangani kegiatan militan dan jenayah di Karachi sejak September 2013.

Bandar yang mempunyai 20 juta penduduk itu dilanda keganasan akibat jenayah, etnik, politik dan agama sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2015 @ 7:50 AM