Budak lelaki yang tangannya tersepit pintu utama bank di bandar Kuala Krai. FOTO ihsan bomba
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my


Kuala Krai: Budak lelaki berusia tiga tahun cedera di tiga jari tangan kanan selepas tersepit pintu utama sebuah bank di bandar Kuala Krai, 7.15 malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa menunggu ibunya yang mempunyai urusan di bank itu bermain seorang diri sebelum tangannya tersepit di pintu utama.

Ketua Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Mohamad Hanif Che Khalid berkata, orang ramai yang berada di lokasi kejadian menghubungi bomba untuk usaha membantu mangsa.

"Kami terima panggilan kecemasan pada 7.21 malam dan seramai enam anggota bomba ke lokasi kejadian.

"Kami mengambil masa lapan minit untuk mengeluarkan tiga jari kanan mangsa yang tersepit," katanya ketika dihubungi, di sini malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 11:47 PM