Oleh Salman Hamat

salman@hmetro.com.my

Nibong Tebal: Seorang usahawan kacang dari Lubnan kerugian lebih RM694,000 selepas diperdaya dua lelaki warga tempatan yang bertindak memintas emel pesanan di hantar kepada pembekal kacang hazel di Turki.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) berkata dalam kejadian 24 September lalu mangsa mangsa menghantar e-mel pesanan kacang hazel kepada pembekal di Turki.

Namun, tanpa disedarinya emel berkenaan dipintas suspek kemudian mengarahkan dia membuat pembayaran itu ke akaun perniagaan melalui sebuah bank tempatan di Nibong Tebal.

"Mangsa hanya menyedari kejadian selepas dimaklumkan pembekal yang mendakwa belum menerima pembayaran berkenaan ketika membuat semakan semula keesokan harinya.

"Mangsa kemudian datang ke negara ini pada 13 Oktober lalu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebelum kami mengambil alih siasatan.

"Susulan dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya.

Wan Hassan berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan untuk mengenal pasti taktik yang digunakan suspek bagi memperdayakan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 11:58 AM