FOTO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Oleh Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@mediaprima.com.my

Melaka: Lelaki warga Jerman terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 197.8 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat Alor Gajah, kira-kira 3 pagi ini.

mangsa Marco Giovanni Basttistotti, 49, maut di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang Vespa dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa menunggang berseorangan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

"Ketika kejadian keadaan jalan gelap akibat hujan lebat. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat,’ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2015 @ 1:26 PM