Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

kalidevi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Seorang lelaki warga Nigeria sedang asyik menjual dadah kepada pelanggannya ditahan bersama 4,849 gram dadah jenis ganja bernilai RM16,000 di Taman Connaught, Cheras kira-kira jam 8 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Abdul Rahim Hamzah Othman berkata, ketika suspek berusia 33 tahun itu ditahan dia memiliki 12 ketulan mampat ganja seberat 218 gram di dalam poket seluarnya.

Menurutnya, pihaknya turut menemui 19 ketulan mampat ganja seberat 417 gram di dalam beg plastik yang dibuang suspek berdekatan lokasi kejadian.

Katanya, susulan dari itu pihaknya menyerbu rumah sewa milik suspek di Taman Tayton View dan menemui 12 ketulan mampat ganja lagi seberat 4,214 gram yang disorok di dalam almari pakaian.

"Selepas suspek bersama barang rampasan dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, kekasihnya seorang wanita warga Thailand berjumpa dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Cheras, Asisten Superintendan Nik Ezanee Mohd Faisal sebelum cuba sogoknya dengan wang tunai berjumlah RM17,500 bagi membebaskan suspek pertama," katanya pada sidang media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 September 2014 @ 5:38 PM