KANAK-kanak yang menjadi mangsa dera nenek tiri. FOTO Mohd Syafiq Ambak
Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Permaisuri: Polis menahan nenek tiri dan datuk kepada kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dipercayai didera di Kampung Banggol, Setiu, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Idris Mohamed berkata, dua suspek masing-masing berusia 27 dan 51 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Banggol, di sini, kira-kira 2 petang.

Beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Kelmarin, seorang kanak-kanak perempuan dipercayai menjadi mangsa dera nenek tiri berikutan beberapa kesan kecederaan pada badan dan mukanya termasuk bengkak mata kiri.

Kejadian menimpa kanak-kanak itu disedari seorang pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu ketika merawat mangsa kira-kira 2 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 1:21 PM