HTC E9+.

HTC melancarkan telefon pintar terbaru, HTC E9+ Dual Sim yang menggunakan pemprosesan MediaTek Helio X10 octa core pada 2GHz.

Ia mempunyai kamera 20 megapiksel dengan fungsi rakaman video 4K. Kamera depan pula dilengkapkan dengan Ultra­Pixel. Telefon ini dijual pada harga RM1,899 dengan warna emas.

E9+ mempunyai skrin 5.5 inci jenis QHD (1440 x 2560 piksel) dan sesuai dengan namanya lengkap mempunyai dua slot kad sim jenis nano.

INFO

HTC E9+

- Harga: RM1,899

- Pemprosesan: MediaTek helio X10, Octa-Core (8 x 2.0 GHz)

- RAM: 3GB

- Memori: 32GB, slot kad mikroSD hingga 2TB

- Kamera: 20MP, Ultra Pixel (depan)

- Skrin: 5.5 inci, WQHD (1440 x 2560)

- Bateri: 2800mAh

- Audio: HTC BoomSound

- Slot kad SIM: 2

- Berat: 149g

- OS: Android 5.0 Lollipop, HTC Sense

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 11:37 AM