ACER XB270HU
ACER XR341CK

Apa yang diperlukan kaki game ketika beraksi di depan monitor? Sudah pasti sebuah peranti yang mempunyai skrin berimej terperinci dan menawan.

Itulah yang ditawarkan pada Acer XR341CK, monitor IPS 34 inci yang datang dengan resolusi super terperinci QHD (3440 x 1440 piksel) dengan teknologi ‘Adaptive-Sync’, sekali gus menawarkan visual yang menawan disertakan audio dinamik.

Bersama panel IPS dengan paparan lebar 178 darjah, monitor ini mempunyai rekaan aluminium yang futuristik dan mudah letak di mana saja, sekali gus mengelakkan ‘makan’ ruang di rumah.

Selain itu, Acer tidak ketinggalan memperkenalkan monitor XB270HU bersaiz 27 inci pertama di dunia yang mempunyai resolusi WQHD (25601440) dengan panel IPS.

Saman seperti monitor XB270HU juga dilengkapi teknologi Adaptive-Sync, Acer EyeProtect dan ComfyView.

Manakala CPU kompak, Acer Revo One turut mencuri perhatian apabila kali ini dilancarkan dengan dua pemprosesan, Intel Core i3 dan i5 yang turut mempunyai slot pemacu HDD boleh dikemaskini sehingga memenuhi ruang 6TB.

Ia menyokong resolusi paparan Ultra HD dan 4K2K yang boleh disambung terus ke mana-mana TV skrin nipis.

Manakala CPU kompak, Acer Revo One turut mencuri perhatian apabila kali ini dilancarkan dengan dua pemprosesan, Intel Core i3 dan i5 yang turut mempunyai slot pemacu HDD boleh dikemaskini sehingga memenuhi ruang 6TB.

Ia menyokong resolusi paparan Ultra HD dan 4K2K yang boleh disambung terus ke mana-mana TV skrin nipis.

INFO

ACER XR341CK

- Harga: RM3,699

- Saiz: 34 inci

- Jenis: IPS QHD (3440 x 1440 piksel)

- Fleksibel: -5 sehingga 35 darjah, ketinggian boleh ubah hingga 130mmNisbah Aspek: 21:9

- Fungsi: PBP, PIP

- Kelengkapan: 7W teknologi DTS Sound

- Sambungan: HDMI 2.0, DisplayPort dan USB3.0.

ACER XB270HU

- Harga: RM2,599

- Saiz skrin: 27 inci

- Jenis: WQHD

- Masa respon: 4ms

- Nisbah kontras: 1000:1

- Sambungan: USB, DisplayPort dan USB3.0

ACER REVO ONE

- Harga: Bermula RM1,500

- OS: Windows 8.1

- Pemprosesan: Intel i3/i5

- Memori: 2GB, maksimum 8GB

- Kapasiti setoran minimum: 60GB

- Antaramuka: HDMI, USB3.0, USB2.0, RJ-45

- Dimensi: 6.1 x 4.2 x 4.2 inci

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 11:36 AM