Turin, Itali: Bintang Juventus, Paul Pogba mengakui gergasi Itali itu bakal berdepan pelbagai cabaran lagi walaupun gol dijaringkan awal pagi semalam membolehkan pasukannya menumpaskan Olympiakos, 3-2 dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di Turin.

Jaringan Pogba pada separuh masa kedua membantu pasukan bimbingan Massimiliano Allegri itu berkongsi tempat kedua Kumpulan A bersama juara Greece berkenaan.

Juventus dan Olympiakos ketinggalan tiga mata di belakang Atletico Madrid dan kedua-duanya akan beraksi untuk menyelamatkan peluang dalam dua aksi terakhir selepas ini.

Pogba yang menjadi pemain menerima bayaran termahal selepas menyambung kontrak bersama Bianconeri hingga 2019, menjaringkan gol pada minit ke-66 dalam satu perlawanan menghiburkan di tempat sendiri.

“Kadangkala kami berasa puas hati namun anda tidak boleh meramalkan apa yang akan berlaku dalam Liga Juara-Juara.

“Perlawanan ini penting. Kami perlu menang dan berjaya, sekarang semuanya terpulang kepada kami,” kata Pogba. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:03 AM
Skip this ad x