Bilik sewa yang terbakar. FOTO ihsan bomba
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Sebuah rumah kedai yang diubahsuai menjadi bilik sewa musnah dalam kebakaran di Taman Melawati, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7.22 malam itu, rumah kedai terbabit mempunyai 12 bilik yang dijadikan bilik sewa.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Hulu Langat Zafirruddin Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.22 malam.

"Seramai 24 anggota dari Balai Bomba Ampang, Wangsa Maju, Setapak dan Datuk Keramat ke lokasi kebakaran.

"Api dapat dikawal kira-kira 15 minit kemudian, tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2015 @ 10:50 PM