TERPILIH jayakan watak miliki kuasa kinetik menerusi filem Gambit.
Susunan Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


Keresahan Channing Tatum akhirnya reda apabila aktor ini dilaporkan terpilih menerajui filem Gambit terbitan 20th Century Fox.

Filem adiwira itu adalah kesinambungan francais hebat X-men.

Ia sekali gus menolak dakwaan aktor tampan itu tidak menepati kriteria ditetapkan Fox.

Menurut sumber, tercetus ketegangan sewaktu perbincangan Channing dengan studio berkenaan. Bagaimanapun, senario tarik tali adalah perkara biasa di Hollywood bagi mencapai keputusan terbaik.

Dia bukan saja tampil sebagai pelakon malah turut bertindak sebagai penerbit filem berkenaan. Dia turut diundang sebagai

panel X-men di festival Comic Con yang berlangsung Julai lalu. Pembabitannya dalam francais X-men Universe turut menjadi teka-teki apabila karakter Gambit yang memiliki kuasa kinetik lakonannya antara watak utama filem berkenaan.

Selepas Wloverine, watak Gambit dikembangkan dan ini menuntut komitmen yang bukan sedikit daripada Channing seperti yang pernah dilakukan Hugh Jackman sejak 2000.

Gambit bakal diarahkan Rupert Watt yang sebelum ini tampil cemerlang dalam Rise of the Planet of the Apes manakala skripnya pula ditulis Josh Zetumer.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2015 @ 12:16 PM