SQUAT BARBELL
2. MULAKAN squat dengan melentik (tolak punggung ke
TEKAN TUBI WANITA
2. TURUNKAN badan dengan membengkokkan siku. Pastikan sehingga bahagian dada berlaku kontraksi.
ALTERNATE LUNGES
2. TURUNKAN kedua-dua kaki ke bawah serentak pada
BEND OVER ROW
2. TUNDUK dengan mendada, luruskan pinggang dan tarik barbell ke bahagian perut. Pastikan ada kontraksi di bahagian belakang.
FRONTAL RAISE
2. ANGKAT bebanan ke depan selari dengan bahu. Pastikan siku tidak dikunci. Senaman ini baik untuk menguatkan otot depan bahu.
STEP UP DAN STEP DOWN
2. KAKI di belakang dibawa ke atas dan ulang dengan kaki sebelah.
BANGKIT TUBI
2. BADAN ditolak atau diangkat ke arah lutut. Pastikan
TRICEP DIP
2. RENDAHKAN badan, jangan sampai punggung cecah ke lantai. Ulang langkah.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my


Selepas tamatnya Ramadan, ramai beranggapan tiba pula masa untuk ‘membalas dendam’ dengan menikmati pelbagai juadah semasa menyambut Aidilfitri.

Tidak kurang juga menjadikan Syawal sebagai pesta makanan dan kita pula tidak dapat mengelak daripada memenuhi jemputan rumah terbuka yang pastinya dihidangkan dengan aneka hidangan berat mahupun ringan.

Tidak mustahil ada yang merungut berat badan semakin bertambah selepas raya, namun pasti agak sukar menolak godaan makanan yang enak terutama yang biasa dihidang ketika musim perayaan seperti lemang dan lontong.

Selepas berpuasa sebulan, sistem pencernaan direhatkan dan ramai antara kita tersenyum lega kerana kehilangan berat badan ketika berpuasa. Namun, bayangkan jika perut yang sudah lama berehat dan makanan yang masuk ke dalamnya secara mengejut, tentu menimbulkan masalah pada penghadaman dan berat badan naik semula secara mendadak.

Justeru, regim senaman selepas raya perlu dipertingkatkan untuk memastikan lemak dan kolesterol berlebihan selepas menikmati pelbagai juadah ketika mengunjungi rumah terbuka dapat dikawal, sekali gus mengawal kenaikan berat badan.

Antara senaman yang amat efektif untuk dilakukan selepas raya adalah latihan sirkit. Latihan sirkit atau CT adalah rangkaian latihan yang dilakukan secara berurutan dengan menggabungkan latihan beban dan latihan kardio dalam rangkaian latihan tertentu.

Pengurus cawangan Pusat Kecergasan Rockafela Paragon Utama Shaifulnizam Omar berkata, dalam rangkaian ini terdapat latihan untuk otot yang berbeza dan dilakukan tanpa henti bagi membakar sebanyak mungkin kalori.

Katanya, CT amat baik dilakukan untuk menurunkan berat badan terutama selepas pengambilan beraneka jenis makanan selepas raya dan seelok-eloknya dilakukan tiga kali seminggu untuk membakar lemak dan kalori.

Menerusi CT, tubuh juga membakar lemak lebih efektif daripada melakukan latihan kardio berintensiti sederhana.

Selain itu, anda dapat menjimatkan masa kerana dapat melakukan pelbagai latihan dalam satu masa dengan hasil yang memuaskan. CT dilakukan berturut-turut dari satu latihan ke latihan lainnya dalam satu rangkaian berurutan dengan sedikit selingan masa di antara set.

Latihan ini dapat dilakukan antara 15 ke 30 minit bergantung kepada jumlah latihan, pengulangan dan sirkit yang dilakukan. Lebih menarik, CT boleh dilakukan di mana saja baik di gimnasium, rumah, taman atau tempat kesukaan anda yang lain.

Selain itu, hasil latihan ini anda akan menikmati kesegaran jasmani, kekuatan fizikal (otot) dan tubuh lebih fleksibel dalam masa singkat.

Sebelum melakukan CT, beberapa perkara perlu diperhatikan kerana CT adalah latihan insentisi tinggi, jadi sebelum melakukannya pastikan tubuh anda dalam keadaan cergas.

Jurulatih peribadi Nur Adilah Kamal menunjukkan beberapa langkah CT yang boleh dilakukan bagi membantu menyingkirkan lemak berlebihan dengan berkesan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2015 @ 5:01 AM