Kaki budak lelaki yang tersepit pada bahagian pengayuh basikal. FOTO ihsan bomba
Oleh Kamal Majid
am@hmetro.com.my

Jeli: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terpaksa menahan kesakitan selama 20 minit selepas kaki kirinya tersepit pada bahagian pengayuh basikal dalam kejadian di Kampung Gemang, pagi tadi

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, mangsa Mohd Akmal Hakim Mohamad dikatakan sedang bermain basikal bersama rakannya sebelum kakinya tersepit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Soleh Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.42 pagi sebelum empat anggota dan seorang pegawai bomba ke tempat kejadian.

Katanya, pihaknya tiba di tempat kejadian pada 11.56 pagi dan mendapati kaki seorang kanak-kanak tersepit pada bahagian pengayuh basikal.

"Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk meregangkan besi bagi mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit.

"Dalam tempoh lima minit kaki mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat tanpa mengalami kecederaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2015 @ 5:55 PM