HTC E9+. FOTO Afiq Hanif
Oleh Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: HTC melancarkan telefon pintar terbaru, HTC E9+ Dual Sim yang menggunakan pemprosesan MediaTek Helio X10 octa core pada 2GHz.

Ia mempunyai kamera 20 megapiksel dengan fungsi rakaman video 4K. Kamera depan pula dilengkapkan dengan UltraPixel.

Telefon ini dijual pada harga RM1,899 dengan warna emas.

E9+ mempunyai skrin 5.5 inci jenis QHD (1440 x 2560 piksel) dan sesuai dengan namanya lengkap mempunyai dua slot kad sim jenis nano.

Daripada aspek memori, E9+ mempunyai kapasiti 32GB dan RAM sebanyak 3GB. Slot kad mikroSD disertakan dan berupaya menampung kapasiti hingga 2TB.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 2:45 PM