ANGGOTA bomba mengusung mayat mangsa. FOTO ihsan Bomba
Oleh Siraj Mohd Zaini
am@hmetro.com.my


Selayang: Lelaki rentung manakala lima lagi cedera dalam kebakaran di Taman Bidara, Batu Caves, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, rumah teres dua tingkat di kawasan perumahan terbabit dilaporkan hangus terbakar.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sejurus kejadian dan 17 anggota dan pegawai dari Balai Bomba Selayang dan Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian daripada terus merebak ke kawasan perumahan berhampiran.

"Empat orang mangsa adalah perempuan dan dua orang lelaki termasuk seorang ditemui rentung dan sudah meninggal dunia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 12:21 PM