MIMI. FOTO fail NSTP Adi Safri
Oleh Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Penyanyi Kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi, 28, mengesahkan sudah bernikah dengan lelaki pilihannya, Mohd Firdaus Hajar, 29, sejak 16 Mei lalu.

Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham sebelum ini memaklumkan kepada media bahawa dia akan bernikah pada 7 November ini.

Menurutnya, dia terpaksa menyembunyikan perkara itu daripada pihak media kerana belum bersedia ditambah dengan keadaan kesihatan bapanya Norhisham Nasir yang ketika itu tidak mengizinkan.

"Saya minta maaf. Ketika itu saya belum bersedia ditambah dengan keadaan kesihatan bapa tidak mengizinkan.

"Keputusan untuk bernikah segera adalah permintaan ayah. Mengikut perancangan asal, majlis sepatutnya berlangsung pada November depan," katanya kepada Harian Metro malam tadi.

Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham berkata, selepas 12 hari bernikah, bapanya meninggal dunia akibat barah hati dan pendarahan dalam perut pada 28 Mei lalu.

Menurut Mimi, sehingga hari ini dia dan suami masih belum menjalani kehidupan sebagai suami isteri kerana tidak tinggal sebumbung.

Mimi dan Firdaus bakal melangsungkan majlis persandingan pada 7 November ini di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Mereka bertunang awal tahun lalu yang juga dilakukan tanpa pengetahuan ramai termasuk pihak media.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 9:25 AM