DARI kiri, Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Lim Pay Chee, Gladys, Presiden MIID Chirs Yap dan Timbalan Presiden MIID Faisal Ghazali.

Kuala Lumpur: Kumpulan Nippon Paint Malaysia (Nippon Paint) mengumumkan penganjuran Anugerah MIID Nippon Paint Reka 2015 dengan kerjasama Pertubuhan Perekabentuk Dalaman Malaysia (MIID) bertujuan untuk meningkatkan mutu reka bentuk dalaman dengan mengiktiraf dan menghargai kecemerlangan dalam profesion terbabit.

Anugerah itu menyaksikan kerjasama kali kedua dijalinkan antara Nippon Paint dan MIID sejak tahun lalu, sekali gus dijenamakan semula sebagai Anugerah MIID Nippon Paint Reka 2015 dengan kehadiran Nippon Paint sebagai rakan penjenamaan bersama dan rakan korporat MIID bagi kategori Infinite.

Pengurus Besarnya, Gladys Goh berkata, syarikat akan terus bekerjasama secara aktif dengan rakan industri dan pelbagai pemegang kepentingan lain dalam meningkatkan tahap inovasi serta kreativiti memandangkan terdapat nilai dan potensi luas daripada kerjasama terbabit.

“Para profesional rekabentuk dalaman masih kekal sebagai salah satu daripada pemegang kepentingan utama kami kerana mereka adalah teras di mana inspirasi warna, ruang dan suasana persekitaran dihasilkan,” katanya.

Beliau berkata, anugerah MIID Reka 2015 dibuka kepada ahli korporat MIID yang bergiat dalam bidang rekabentuk dalaman dan berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) serta ahli pelajar MIID daripada pelbagai institusi rekabentuk dalaman di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2015 @ 7:24 AM