FOTO ihsan bomba
Oleh Icka S Hassan

Shah Alam: Seorang lelaki warga emas nyaris maut selepas besi jeriji pagar rumahnya di Jalan Alor Setar di Klang, tertusuk bahagian bawah kanan tangannya, petang tadi.

Dalam kejadian 4.40 petang itu, mangsa, Ng Ah Eng, 68, dikatakan berdiri di atas tangga bagi mencantas pokok di perkarangan rumahnya.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mangsa kemudian tergelincir sebelum tertusuk besi geriji pagar.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memotong besi berkenaan.

"Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mengeluarkan besi berkenaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 8:49 PM