FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


Putrajaya: Seorang pengarah eksekutif syarikat pembinaan yang ditahan reman berkaitan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sejak Selasa lalu, dibebaskan hari ini dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berusia 39 tahun itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengarahkan lelaki berkenaan dibawa oleh pegawai SPRM ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mahkamah sama sebelum ini mengeluarkan perintah reman selama empat hari terhadap lelaki berkenaan bermula Selasa lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Julai 2015 @ 10:30 AM