Hong Kong: Mangsa kedua dalam pembunuhan ngeri didakwa dibunuh ahli perbankan Britain, Rurik Jutting, juga warga Indonesia.

Seneng Mujiasih (gambar), 29, yang menggunakan nama Jesse Lorena, sebelum ini tidak diketahui kerakyatannya.

“Dia berasal dari Muna, Sulawesi Utara. Dia bekerja sebagai pembantu rumah, tetapi visanya tamat sejak 2012,” kata pegawai pejabat konsulat Indonesia di bekas tanah jajahan Britain itu, Rafail Walangitan.

Seneng ditemui dalam keadaan berbogel dengan luka akibat ditikam pada leher dan pinggulnya tetapi masih hidup.

Bagaimanapun, wanita itu meninggal dunia tidak lama kemudian ketika dihantar ke hospital. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:04 AM