Chik Omar (dua dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


Sepang: Sebanyak 10.53 kilogram (kg) dadah jenis Methamphetamine bernilai RM2 juta dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di pintu masuk KLIA pada 5 dan 17 Julai lalu.

Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, bagi kes pertama pada 5 Julai lalu, pihaknya mengesan sebatang ekzos yang ditemui dalam satu kotak bungkusan dimana di dalamnya mengandungi dadah seberat 470 gram bernilai RM89,300.

"Bagi kes kedua pada 17 Julai lalu, dua lelaki warga India ditahan apabila pemeriksaan pada bagasi mereka menemui 10 kg dadah bernilai RM1.9 juta," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek sudah memasuki Malaysia lebih 10 kali bagi menjalankan perniagaan pakaian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2015 @ 2:09 PM