KERETA yang terbabas dan melanggar kedai. FOTO ihsan pembaca
KERETA yang terbabas dan melanggar kedai. FOTO ihsan pembaca
Oleh NurSaliawati Salberi
nutsaliawati@mediaprima.com.my


Melaka: Lelaki berusia 21 tahun bernasib baik dan hanya mengalami cedera ringan selepas kereta dipandu terbabas dan merempuh bahagian hadapan lot kedai dua tingkat di Jalan Kubu, Melaka Tengah, 7 pagi tadi.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku apabila pemandu cuba mengelak motosikal.

"Pemandu terbabit gagal mengawal kenderaan ketika mengelak motosikal dari arah bertentangan.

"Kereta itu kemudian melanggar tiang kedai hingga menyebabkan bahagian hadapan kedai roboh," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Adzis Shaikh Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2015 @ 7:13 PM