ANGGOTA polis menyiasat kedai emas yang dirompak.
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my

Seremban: Empat penjenayah hanya mengambil masa tiga minit untuk melarikan empat dulang emas bernilai RM500,000 dalam kejadian rompakan di sebuah kedai menjual barang kemas di Terminal One, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian jam 11.44 pagi, empat lelaki bersenjatakan dua pistol dan dua tukul besi memecah masuk premis di dalam pusat beli-belah berkenaan.

“Semua suspek memakai topi keledar, berjaket hitam dan bersarung tangan. Penjenayah kemudian melepaskan satu das tembakan menyebabkan pengunjung pusat beli-belah berkenaan terkejut.

“Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), rompakan berlaku dengan pantas dan bermula apabila seorang suspek melepaskan satu das tembakan jam 11.44 pagi,” katanya.

Menurut beliau, rompakan berakhir jam 11.47 pagi dengan keempat-empat penjenayah melarikan barang kemas itu dengan membonceng motosikal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2015 @ 7:17 AM