Manila: Empat orang terbunuh dan ribuan penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing selepas banjir menenggelamkan sebahagian besar utara Filipina, semalam.

Hujan lebat melanda wilayah pertanian itu sejak beberapa hari lalu, menyebabkan banjir yang mengakibatkan jalan raya tidak boleh dilalui.

Pegawai Pertahanan Awam berkata, 3,000 penduduk terpaksa berpindah.

Antara yang mati ialah seorang bayi berusia enam bulan selepas dia tertimbus dalam tanah runtuh di wilayah Pangasinan.

Jurucakap Presiden Benigno Aquino Herminio Coloma berkata, agensi bantuan dan kebajikan dikerah menghantar bantuan ke kawasan terjejas.

Meskipun tidak ada ribut petir diramal, stesen kaji cuaca kerajaan memberi amaran, lebih banyak hujan yang menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh dijangka berlaku di wilayah itu.

Filipina dilanda kira-kira 20 taufan dan ribut petir setiap tahun, kebanyakannya menyebabkan maut.

Awal bulan ini, ribut Linfa menenggelamkan hampir semua bandar di utara, tetapi tidak ada kematian dilaporkan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2015 @ 5:47 AM