Anggota paramedik berusaha merawat mereka yang cedera. Foto Morocco World News

Rabat: Seekor tikus mencetuskan panik dan huru-hara dalam sebuah masjid di Casablanca menyebabkan lebih 80 orang, kebanyakannya wanita, cedera.

Agensi berita Maghribi, MAP, melaporkan kejadian itu berlaku di Masjid Hassan II di sini, yang sesak ketika solat Tarawih semalam.

Seramai 81 orang, kebanyakannya wanita, cedera ringan, termasuk patah tulang atau pengsan.

Panik tercetus selepas seorang wanita yang terkejut dengan kehadiran tikus menyebabkan ramai jemaah wanita lain turut terkejut dan menjerit.

Antara yang cedera ialah seorang wanita hamil yang patah kaki. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 9:26 PM