KEADAAN di Plaza Low Yat yang mula dikunjungi orang ramai selepas penutupan hampir 80 peratus premis susulan kejadian pergaduhan beberapa hari lalu. FOTO Ghazali Kori
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my


Kuala Lumpur : Empat jurujual kedai telefon bimbit yang terbabit dalam insiden pergaduhan ditahan di Plaza Low Yat, kira-kira 4 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, empat lelaki berusia 19 tahun hingga 29 tahun itu ditahan di tingkat bawah Plaza Low Yatt.

"Mereka adalah jurujual di kedai telefon bimbit dipercayai terbabit di dalam pergaduhan di Plaza Low Yat.

"Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan," katanya.

Kekecohan bermula malam sabtu lalu hingga awal pagi kelmarin, apabila sekumpulan perusuh bertindak agresif membuat kecoh di pusat beli-belah itu kerana percaya khabar angin yang tersebar melalui laman sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 6:30 PM