BOMBA berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan Skuad Penyelamat Integrasi
MANGSA tersepit selepas kemalangan. FOTO ihsan Skuad Penyelamat Integrasi
Oleh Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my


Alor Gajah: Kelindan lori maut manakala pemandunya cedera ringan selepas lori tiga tan dinaiki merempuh belakang treler dari arah sama di Kilometer 195.6 lebuh raya PLUS menghala selatan, berdekatan laluan keluar tol Ayer Keroh, Melaka kira-kira 8 pagi tadi.

Difahamkan lori tiga tan membawa muatan perkakas bertukang sendiri (DIY) itu dalam perjalanan dari Balakong, Selangor ke Segamat, Johor, hilang kawalan lalu merempuh belakang treler di lorong kiri lebuh raya sebelum terbabas ke penghadang di lorong kanan jalan.

Sumber berkata, kelindan, Khairul Ehsan Hamdan, 24, meninggal di tempat kejadian manakala pemandu Nasjirun Jukiman, 31, cedera di dagu.

Pemandu treler Mohd Zabidi Suntau Pawira, 28, tidak mengalami kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 2:41 PM