Fuzhou: Seorang wanita Fujian dikejarkan ke hospital selepas dua jarinya dibaham kuda sehingga putus semalam.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Zeng, 38, memberi kuda itu makan ketika dia melawat kandang di Ladang Wuling apabila haiwan berkenaan menggigit jarinya.

Media melaporkan, jari manis dan kelingkingnya terputus dan ditelan kuda berkenaan.

Rakaman video daripada kamera litar tertutup menunjukkan Zeng menghulurkan rumput yang ditarik dari tanah dengan tangan kirinya sebelum dia dibaham. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 November 2014 @ 5:15 AM