Oleh Zaitie Satibi
zaisa@hmetro.com.my


Makanan seimbang yang lengkap dapat memberikan tenaga kepada si kecil untuk menjalani ibadat puasa. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak bersahur bagi mendapatkan tenaga yang cukup sepanjang hari kerana makan ketika sahur umpama bersarapan iaitu mengambil sajian terpenting untuk memulakan hari.

Bagi melatih anak berpuasa penuh, ibu bapa digalakkan memberikan mereka makanan yang tinggi kandungan serat kerana ia dapat melambatkan proses tubuh untuk berasa lapar.

Selain mudah dihadamkan, makanan yang tinggi serat juga dapat mengurangkan paras kolesterol dalam darah dan membantu mengelakkan sembelit. Malah, makanan yang tinggi serat lebih mengandungi nutrien dan kurang kalori.

Makanan berserat terbahagi kepada serat larut yang membantu memperlahankan penyerapan gula dalam darah, di samping membantu mengawal kolesterol dalam badan. Serat larut seperti buah-buahan dan kekacang menggalakkan penyerapan nutrien daripada makanan ke dalam tubuh.

Serat tidak larut seperti bijirin penuh dan sayur-sayuran pula berfungsi memastikan salur pencernaan bebas daripada sebarang halangan bagi mengelakkan daripada sembelit atau buasir. Serat jenis ini menyerap air, sekali gus membantu menjadikan seseorang itu cepat kenyang.

Bagi mengekalkan tenaga anak-anak sepanjang hari ketika berpuasa, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK) melancarkan kempen Sahur Dengan Horlicks bagi mendidik ibu bapa dan kanak-kanak mengenai kepentingan mengamalkan ibadat puasa dengan sihat dengan memulakan hari mereka dengan makanan sahur yang berkhasiat.

Pengarah Pemasaran GSK, Katharine Chen berkata, penyediaan dua gelas Horlicks akan membekalkan manfaat pemakanan sihat kerana ia mengandungi lebih 80 peratus Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) vitamin A, vitamin B1 dan vitamin B2 serta 72 peratus pengambilan zink yang membantu membekalkan vitamin dan mineral penting untuk menyokong keperluan pemakanan kanak-kanak secara keseluruhan.

Katharine berkata, sempena Ramadan ini pihaknya berharap dapat menekankan mesej kepentingan bersahur supaya kanak-kanak dapat belajar bagaimana menjalankan ibadat itu dengan betul bermula di peringkat awal.

“Minuman Horlicks mudah disediakan dan mengandungi nutrien yang melengkapkan keperluan nutrien harian untuk pembangunan kanak-kanak. Ketika Ramadan, minuman berkhasiat ini penting kerana kandungannya terdiri campuran nutrien bagi mencegah kekurangan mikronutrien yang menyebabkan kepalaran tersembunyi.

“Kelaparan tersembunyi adalah kekurangan vitamin dan mineral yang kronik dan selalu terjadi tanpa disedari dan mendatangkan kesan yang buruk kerana mengakibatkan pembangunan mental, kesihatan fizikal dan produktiviti yang lemah.

“Kami galakkan ibu bapa untuk memilih makanan berkhasiat yang lengkap ketika sahur untuk anak-anak mereka bagi mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi nilai nutrien yang minimum,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 5:00 AM