MOTIF unik yang menyerikan dekorasi.
PILIHAN menarik untuk digayakan pada ruang.
PERHIASAN bercirikan Maghribi yang melengkapkan Aidilfitri anda.
Oleh Hartini Mohd Nawi
hartini@hmetro.com.my


Gayakan ruang kediaman dengan pelbagai penampilan menarik perhiasan daripada IKEA, antara yang eksklusif ialah produk terbarunya DOFTRIK yang menjadi pelengkap gaya kediaman Arab sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Rangkaian DOFTRIK begitu eksklusif dengan kehadiran ciri-ciri perhiasan Turki dan Maghribi dengan konsep dalaman moden Sweden.

Setiap produk yang dihasilkan tampil dengan pelbagai fungsi dan membuatkan ruang kediaman anda tampil berbeza.

Ia termasuk kusyen untuk katil linen, permaidani dan langsir dengan penampilan warna terang serta corak geometri yang membentuk tema secara keseluruhan.

DOFTRIK turut membabitkan siri hiasan perak untuk melengkapkan hidangan Aidilfitri selain pengalaman menyeronokkan di meja makan anda.

Seterusnyan hijau pula antara warna pilihan Aidilfitri ditambah dengan kombinasi warna dekorasi Maghribi membuatkan ruang dalaman kediaman anda lebih sempurna.

Malah, DOFTRIK turut tampil dengan pelbagai warna termasuk keceriaan hamparan permaidani merah pada ruang tamu bersama susun letak kusyen biru.

Di ruang makan pula suasana harmoni dan menjamu selera dalam suasana selesa cuba diketengahkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 5:00 AM