PATUNG Cosby yang diturunkan.
Agensi

Florida: Walt Disney World mengumumkan patung gangsa bintang komedi Hollywood Bill Cosby dikeluarkan dari taman tema Hollywood Studios.

Jurucakap Disney melaporkan patung gangsa itu dikeluarkan selepas taman tema itu ditutup pada malam Rabu. Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut keputusan itu.

Patung Cosby dikeluarkan dari Fame Plaza di Academy of Television Arts and Sciences Hall rentetan pendedahan dokumen diperoleh dari mahkamah bahawa Cosby pernah mendapatkan dadah ‘Quaaludes’ pada 2005 dengan niat untuk diberi kepada beberapa wanita bagi tujuan melakukan hubungan seks.

Setakat ini, Cosby masih belum mengulas perkara itu. Dia tidak pernah didakwa atas apa-apa kesalahan, dan berulang kali menafikan pelbagai tuduhan seksual yang dilemparkan kepadanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2015 @ 9:35 AM