Jengkaut yang terbalik dan mangsa yang dihempap jentera itu. FOTO ihsan bomba
Oleh Siti Nadzirah Che Mud
am@hmetro.com.my


Machang: Lelaki berusia 25 tahun maut selepas jengkaut yang dipandunya terbalik dan menghempapnya dalam kejadian di Kampung Paloh Rawa Hilir, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 2.15 petang itu mangsa, Mohd Zamri Sukri memandu jentera berkenaan untuk melakukan kerja menggali cerun bukit.

Jengkaut yang dipandu mangsa dipercayai berada dalam keadaan senget sebelum terbalik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.21 petang.

"Seramai lapan anggota dari balai Machang ke tempat kejadian untuk usaha menyelamat.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa 15 minit dengan bantuan pemandu jengkaut lain," katanya ketika dihubungi, petang tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2015 @ 7:04 PM