Nuar ayam disambung reman. FOTO Siti Nor Hidayatidayu Razali
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my

Bachok: Nuar Ayam disambung reman selama enam hari bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan kes bunuh pemilik kedai peralatan binaan dalam kejadian samun di Beris Lalang pada 16 Februari lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Firdaus Zainal Abidin di Mahkamah Majistret Bachok.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis menumpaskan kumpulan samun diketuai Nuar Ayam yang bergiat aktif di negeri ini selepas dia ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bukit Mewah, Kajang Selangor, 24 Jun lalu.

Lelaki yang berusia 37 tahun kemudian ditahan reman selama dua minggu berhubung kesalahan memiliki senjata api.

Suspek terbabit dalam 23 kejadian jenayah di negeri ini iaitu satu kes bunuh, 16 kes samun, empat kes peras ugut, satu kes rogol dan satu kes melepaskan tembakan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2015 @ 2:12 PM